Home Pasaran Ringgit Lebih Rendah Daripada Dolar AS Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Ringgit Lebih Rendah Daripada Dolar AS Dalam Dagangan Awal

Ringgit Lebih Rendah Daripada Dolar AS Dalam Dagangan Awal

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Livevartha) — Ringgit kekal lebih rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur terusberwaspada mengenai perkembangan pasaran global, kata penganalisis.

Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mungkin mengalami permulaan yang membimbangkan, tetapi sebahagian besar unit domestik dijangka terus kukuhberikutan korelasi Malaysia yang lazimnya tidak banyak dipengaruhioleh pergerakan won Korea Selatan.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada awal pagi Rabu mengumumkan menarik balik undang-undang tentera yang diisytiharkan beliau pada Selasa.

Innes berkata penetapan nilai yuan China menjadi tumpuan hari ini, terutama selepas yuan luar pesisir diuji pada paras 7.30 semalam.

“People's Bank of China telah menetapkan nilai yuan dalam negara di bawah 7.20. Apa-apa pelarasan melebihi nilai ini boleh menimbulkan cabaran bagi mata wang serantau.

“Langkah sedemikian mungkin dilihat sebagai isyarat penurunan, mendorong peniaga untuk menjual mata wang yang erat dengan China, seperti ringgit, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat," katanya kepada Livevartha.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata Kaji Selidik Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja Amerika Syarikat lebih rendah berbanding jangkaan iaitu 7.744 juta pada Oktober daripada anggaran konsensus 7.51 juta, menunjukkan pasaran buruh lemah.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...