Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat daftar E-Konsular
Nasional

Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat daftar E-Konsular

Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat daftar E-Konsular

WISMA PUTRA

PUTRAJAYA, 4 Disember- Rakyat Malaysia yang menetap atau melawat Korea Selatan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan situasi di Korea Selatan kembali normal selepas undang-undang tentera ditarik balik di seluruh negara.

\”Bagi memastikan maklumat terkini dan bantuan tepat pada masanya, rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihatkan untuk mendaftar melalui E-Konsular,\” menurut kenyataan itu.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Seoul boleh dihubungi di alamat 129, Dokseodang-ro Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, atau melalui talian +82-2-2077 8600 atau +82-2-794 5488, atau menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kementerian akan terus memantau keadaan dengan teliti, menurut kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN

  • Korea Selatan mansuh undang-undang tentera atas desakan Dewan Negara
  • Ketegangan politik dorong penurunan Bursa Korea Selatan
  • Krisis Korea Selatan: Penunjuk perasaan desak Presiden Yoon letak jawatan

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...