Home Ekonomi PRISM+ buka outlet pertama di Kuala Lumpur
Ekonomi

PRISM+ buka outlet pertama di Kuala Lumpur

PRISM+ buka outlet pertama di Kuala Lumpur

PRISM+ buka cawangan baharu di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA: PRISM+ kini telah membuka kedai pertamanya di Kuala Lumpur yang bertempat di Sunway Velocity dan mencerminkan komitmennya menawarkan inovasi dan nilai yang mampu milik. 

Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Nam berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kehadiran PRISM+ secara rasmi di Kuala Lumpur.

“Ini membawa kepada rakyat Malaysia rangkaian elektronik rumah, peralatan pintar dan teknologi terkini yang berkualiti tinggi pada harga mampu milik.  

“Pembukaan kedai baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan inovasi dan nilai yang mampu milik, menjadikan teknologi maju dan pintar lebih mudah diakses oleh lebih banyak isi rumah. 

“Untuk pelanggan kami di Kuala Lumpur, cawamgan ini bermakna perjalanan yang lebih singkat dan kemudahan yang lebih baik untuk merasai produk kami secara langsung. 

“Kami dengan sukacitanya menjemput semua untuk melawat dan merasai perbezaan PRISM+, sama ada anda sudah bersedia untuk membeli atau sekadar ingin tahu, pasti ada sesuatu di sini untuk semua orang,” katanya dalam kenyataan. 

PRISM+ juga memberikan promosi pembukaan istimewa untuk 50 pelanggan pertama dengan diskaun eksklusif bernilai lebih RM500. 

PRISM+ turut akan menampilkan pelbagai produk inovatif namun mampu milik, termasuk Google TV berukuran 32 inci hingga 86 inci, monitor untuk produktiviti dan permainan video, soundbar, serta penyelesaian rumah pintar terkini seperti pembersih udara dan penghawa dingin pintar Luna.  

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi langsung peralatan pintar itu, yang memperlihatkan integrasi lancar produk PRISM+ dengan aplikasi pintarnya.-UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....