Home Ekonomi Untung bersih TNB naik RM1.58 bilion pada suku ketiga 2024
Ekonomi

Untung bersih TNB naik RM1.58 bilion pada suku ketiga 2024

Untung bersih TNB naik RM1.58 bilion pada suku ketiga 2024

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatatkan keuntungan bersih RM1.58 bilion, meningkat hampir dua kali dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 September 2024, daripada RM856.20 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia, peningkatan itu disumbangkan oleh keuntungan dalam pertukaran asing, jualan tenaga elektrik yang lebih tinggi selain prestasi operasi yang lebih baik.

“Perolehan meningkat kepada RM14.35 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM13.47 bilion sebelum ini, sementara jualan tenaga elektrik meningkat 6.2 peratus atau RM2.37 bilion yang mendorong pertumbuhan pendapatan kumpukan sebanyak 7.5 peratus atau RM2.9 bilion.

“Pertumbuhan permintaan juga meningkat sebanyak 7.6 peratus, terutama daripada sektor komersial dan domestik,” katanya.

TNB berkata, mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) juga dalam kedudukan kurang pulih lebih rendah iaitu RM7.37 bilion berbanding RM8.49 bilion pada tempoh sama tahun lepas berikutan harga bahan api yang lebih rendah.

“Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024, kumpulan mencatat prestasi yang stabil, disokong oleh peningkatan permintaan, prestasi operasi lebih baik dan pengurusan modal yang cekap.

“Keuntungan bersih TNB melonjak kepada RM3.74 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 daripada RM2.19 bilion bagi tempoh sama 2023, manakala perolehan menokok kepada RM42.36 bilion daripada RM39.41 bilion sebelumnya,” katanya. 

Menyentuh prospek, TNB berkata, seiring jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.8 peratus hingga 5.3 peratus, kumpulan mengunjurkan prestasi yang stabil untuk 2024 dan akan terus melaksanakan strategi perniagaan berhemat untuk mengekalkan daya tahan.

“Kumpulan komited untuk menjadi pemain utama dalam memajukan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) sambil berusaha mendapatkan pertumbuhan dan nilai mampan untuk pihak berkepentingan,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...