Home Ekonomi Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan awal
Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 Disember– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.

Pada 8.03 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4400/4500 berbanding dolar AS, mengukuh daripada 4.4425/4495 pada Jumaat lepas.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes menjangka mata wang pasaran sedang pesat membangun yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS seperti Malaysia akan menunjukkan sedikit penurunan.

Kuasa besar dunia China dan Rusia adalah sebahagian daripada pakatan BRICS, selain Brazil, India, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.

“Berdasarkan pasaran melihat ancaman tarif Trump sebelum ini sebagai kaedah rundingan untuk mendapatkan lebih banyak konsesi daripada rakan dagang, ini mungkin situasi yang sama dengan ancaman tarif terhadap BRICS.

“Oleh itu, pasaran kekal dengan pendekatan tunggu dan lihat, menilai sama ada kenyataan ini akan menjadi perang perdagangan atau hanya sebahagian daripada strategi tawar-menawar Trump,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6366/6493 daripada 5.6384/6473 pada Jumaat lepas, naik berbanding euro kepada 4.6780/6885 daripada 4.6899/6973 dan menambah berbanding yen Jepun kepada 2.9578/9647 daripada 2.9589/9638

Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3078/3157 daripada 3.3146/3200 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.60 daripada 7.58/7.59.

Ringgit turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9126/9507 daripada 12.9459/9738 dan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 280.1/280.9 daripada 280.2/280.8 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...