Friday , 29 November 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 

KUALA LUMPUR, 28 Nov(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah, walaupun terdapat momentum positif dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta November 2024 turun kepada US$2,646.40 setiap auns troy daripada US$2,651.60 setiap auns troy semalam.

Bagi kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,659.30 setiap auns troy daripada US$2,664.50 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada enam lot berbanding tujuh lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka tidak berubah kepada 23 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 27 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,640.85 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal
Pasaran

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 29 Nov (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakan Tinggi Pada Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakan Tinggi Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 Nov(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur
Pasaran

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Nov (Livevartha)...

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 28 Nov (Livevartha) –Ringgit ditutup hampir...