Home Ekonomi Perdagangan dua hala Malaysia-AS meningkat 29.1%
Ekonomi

Perdagangan dua hala Malaysia-AS meningkat 29.1%

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 November – Jumlah perdagangan dua hala Malaysia – Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion bagi Januari hingga Oktober tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia menjadi indikator kepada hubungan diplomatik kedua-dua negara yang masih baik menerusi perkongsian komprehensif dan kerjasama.

Ketika ini sebanyak 1,321 projek sedang diurus dan dijalankan dengan pelaburan keseluruhan berjumlah AS$39 bilion.

\”Kita bimbang tentunya dengan perkembangan baru termasuk tindakan terbaru kenaikan tarif untuk Mexico, Kanada dan China. Kita pantau ia tidak libatkan isu dasar luar negara.

\”Termasuk soal Gaza dan Palestin, ia libatkan soal imbangan bayaran antara kedua negara berlaku defisit seperti Presiden terpilih, Donald Trump umumkan masa berkempen,\” kata Anwar.

Pertemuan Perdana Menteri dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken Oktober lalu antara usaha meningkatkan pelaburan, perdagangan serta kerjasama diplomatik Malaysia – Amerika Syarikat.

Beliau menjawab persoalan Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer mengenai risiko sekatan perdangangan AS terhadap Malaysia susulan kelantangan Anwar mempertahankan Palestin.

Dalam pada itu, Malaysia konsisten suarakan isu antarabangsa terutama melibatkan kezaliman, penindasan dan penjajahan di Palestin.

Anwar berkata, meskipun pertimbangan ekonomi amat penting, ia tidak menjejaskan pendirian dalam menyuarakan hak serta tuntutan keadilan buat rakyat di sana.

\”Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, pendirian kita dalam isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus kita suarakan.

\”Saya tidak fikir pertimbangan ekonomi sangat penting boleh jejaskan pendirian kita atau kurangkan pendirian kita dalam suarakan hak tuntutan keadilan buat rakyat Palestinkhususnya di Gaza,\” katanya.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...