Home Ekonomi SFZ Forest City tawar 9 insentif di Pulau Satu
Ekonomi

SFZ Forest City tawar 9 insentif di Pulau Satu

Foto Forest City CGPV

ISKANDAR PUTERI, 27 November – Pengecualian duti setem 50 hingga seratus peratus, atas transaksi berkaitan, adalah antara insentif yang ditawarkan di Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City, Iskandar Puteri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia adalah salah satu daripada sembilan insentif yang ditawarkan di Pulau Satu Forest City.

Insentif lain temasuk kadar cukai lima peratus sehingga 20 tahun bagi perkhidmatan perniagaan kewangan global.

Selain kadar cukai pendapatan individu khas 15 peratus, untuk pekerja berpengetahuan, dan rakyat Malaysia.

\”Kelima, pengecualian duti setem sebanyak 50% hingga 100% ke atas transaksi yang berkenaan.

\”Keenam, kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebanyak 0% selepas 5 tahun, Ketujuh, Potongan khas perbelanjaan penempatan semula sehingga RM500,000, Kelapan, Tax depreciation ke atas bangunan (\”IBA\”) sebanyak 10% setahun, \”katanya semasa Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke 15 di Kota Iskandar.

Sebanyak dua insentif ditawarkan bagi kawasan darat, iaitu elaun cukai pelaburan seratus peratus selama lima tahun, untuk menolak seratus peratus pendapatan berkanun, bagi sektor perkhidmatan logistik.

Serta kadar cukai lima peratus sehingga 20 tahun bagi pusat perkhidmatan global dan perkhidmatan pemindahan.

Menurut Datuk Onn Hafiz, beberapa institusi kewangan tempatan dan antarabangsa serta pemain industri logistik telah menunjukkan minat untuk melabur di SFZ Forest City.

Antaranya Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd, United Overseas Bank (UOB), Credit Lyonnais Securities Asia (CLSA) dan Tiong Nam Logistics Holdings Bhd.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan SFZ di Forest City serta beberapa insentif lain pada 25 Ogos 2023 untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Johor dan kawasan sekitarnya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....