Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring pasaran AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring pasaran AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 November– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan momentum positif pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta November 2024 meningkat kepada US$2,651.60 setiap auns troy daripada US$2,622.90 setiap auns troy semalam.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, semuanya ditutup tinggi kepada US$2,664.50 setiap auns troy berbanding US$2,635.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot daripada 84 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menurun kepada 23 kontrak daripada 101 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 26 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,622.10 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...