Wednesday , 27 November 2024
Home Nasional Banjir landa Besut, lima PPS dibuka
Nasional

Banjir landa Besut, lima PPS dibuka

Banjir landa Besut, lima PPS dibuka

Foto JPBM Besut

BESUT, 27 November – Besut kembali dilanda banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi, menyebabkan lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS yang dibuka ialah Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Masjid Kayu Ulul Albab, Masjid Laklok, Balai Raya Beris Pak Abu dan Sekolah Kebangsaan Felda Tenang.

Sehingga kini, seramai 56 penduduk di daerah Besut telah dipindahkan dengan jumlah itu dijangka meningkat kerana hujan masih berlaku di kebanyakan kawasan.

Secara keseluruhan, seramai 97 penduduk terjejas banjir di Terengganu melibatkan dua daerah iaitu Besut dan Marang.

Related Articles

RM493 juta dilulusakan untuk 13 projek tebatan banjir di Klang
Nasional

RM493 juta dilulusakan untuk 13 projek tebatan banjir di Klang

Gambar hiasanSHAH ALAM, 27 November – Sebanyak RM493 juta diperuntukkan bagi melaksanakan...

17 pusat data di Selangor bakal jana pelaburan RM52 bilion
Nasional

17 pusat data di Selangor bakal jana pelaburan RM52 bilion

Pusat Data Google akan dibuka di Elmina Business ParkSHAH ALAM, 27 November...

Paderi maut kereta terjunam ke parit
Nasional

Paderi maut kereta terjunam ke parit

Seorang paderi berusia 75 tahun ditemui maut selepas kereta dipandunya terjatuh ke...

242 tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di Selangor
Nasional

242 tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di Selangor

Tukun tiruan dilabuhkan bertujuan memulihkan sumber perikanan negara/Foto DOFSHAH ALAM, 27 November...