Home Nasional 17 pusat data di Selangor bakal jana pelaburan RM52 bilion
Nasional

17 pusat data di Selangor bakal jana pelaburan RM52 bilion

17 pusat data di Selangor bakal jana pelaburan RM52 bilion

Pusat Data Google akan dibuka di Elmina Business Park

SHAH ALAM, 27 November – Pelaburan pusat data di Selangor dianggar bernilai RM52 bilion dalam tempoh 10 tahun, kataExco Pelaburan Selangor, Ng Sze Han.

Sze Han berkata, pembinaan pusat data itu dijangka memberikan kesan gandaan kepada ekonomi negeri, khususnya dalam pembangunan industri semikonduktor dan penerapan kecerdasan buatan (AI).

Katanya, dengan pembinaan 17 pusat data di Selangor memberikan limpahan ekonomi kepada pembekal tempatan dan membuka peluang pekerjaan.

\”Pelaburan ini akan disokong oleh kemudahan utiliti yang sedia ada di kawasan strategik seperti Cyberjaya.

\”Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan termasuk jurutera rangkaian, jurutera teknologi maklumat, jurutera penyelidikan dan pembangunan, serta pengurus pusat data,\” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menggunakan Garis Panduan daripada Plan Malaysia bagi memastikan pertumbuhan pusat data tidak memberi kesan negatif terhadap penggunaan elektrik dan air seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

\”Pembangunan pusat data mesti seiring dengan permintaan yang bakal wujud untuk memastikan keperluan industri masa kini dan masa depan dapat dipenuhi,\” tambahnya.

Kesan gandaan pelaburan ini dijangka bukan sahaja memperkukuh ekosistem industri tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Selangor melalui penerapan teknologi canggih.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan Ahli Dewan Negeri Bandar Baru Klang, Dr. Quah Perng Fei, mengenai pembangunan pusat data pada sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) di sini, pada Selasa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....