Home Nasional Penduduk terjejas banjir di lima negeri menurun
Nasional

Penduduk terjejas banjir di lima negeri menurun

Penduduk terjejas banjir di lima negeri menurun

Foto fail/ RTM

Penduduk terjejas banjir di lima negeri menurun

KUALA LUMPUR, 26 November – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 143 orang setakat 10 pagi Selasa.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, angka terkini ini melibatkan 35 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.

Negeri-negeri yang terjejas banjir ialah Terengganu, Kelantan, Johor, Sarawak dan Selangor.

Terengganu mencatatkan bilangan penduduk terjejas tertinggi seramai 58 orang daripada 14 keluarga yang berlindung di dua PPS di Marang.

Semakan di portal InfoBanjir mendapati paras air di tiga lokasi iaitu Parit Utama di Padang Kemunting (F1), Kuala Nerus; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Besut di Kampung La (F2), Besut melepasi paras waspada.

Di Kelantan, 36 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di satu PPS di Pasir Mas.

Berdasarkan portal Public InfoBanjir, dua sungai utama di Kelantan melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan ketinggian 8.27 meter manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh pada paras 2.35 meter.

Sementara itu, Bilangan penduduk terjejas di Johor kekal 28 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.

Di Sarawak, seramai 18 orang daripada empat keluarga berlindung di sebuah PPS di Betong.

Manakala Selangor merekodkan tiga orang daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Kuala Langat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....