Home Nasional PM selamat tiba di Seoul, mulakan lawatan rasmi ke Korea Selatan
Nasional

PM selamat tiba di Seoul, mulakan lawatan rasmi ke Korea Selatan

PM selamat tiba di Seoul, mulakan lawatan rasmi ke Korea Selatan

FOTO BERNAMA

SEOUL, 24 November -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Seoul, bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan bermula hari ini hingga 26 November.

Kunjungan sulung Anwar ke Korea Selatan atas jemputan Presiden, Yoon Suk Yeol.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Pangkalan Udara Seoul, Lapangan Terbang Seongnam pada pukul 9.55 malam waktu tempatan (8.55 malam waktu Malaysia).

Ketibaan Anwar dan delegasi disambut Timbalan Menteri Hubungan Luar Korea, Lee Jaewoong Duta Korea ke Malaysia, Yeo Seung Bae dan Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Zamruni Khalid.

Perdana Menteri kemudian menerima tabik hormat daripada pasukan tentera Korea Selatan.

Mengiringi beliau pada lawatan ini Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol di Pejabat Presiden.

Sepanjang lawatan ini, Anwar akan menyampaikan ucapan dalam forum perniagaan dan syarahan umum di Universiti Kebangsaan Seoul.

Selain mengadakan siri mesyuarat bersama-sama tokoh korporat dan ahli perniagaan dengan syarikat gergasi ‘chaebol’, bagi menarik lebih banyak lagi pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Beliau juga akan bertemu Presiden Korea Muslim Federation, selain ditemu ramah akhbar Chosun Ilbo dan stesen Chosun TV.

Di samping itu, satu Majlis Ramah Mesra bersama-sama diaspora Malaysia di Korea Selatan akan turut diadakan di Hotel The Shilla, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....