Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional "Pemergian Ahmad Nawab, negara kehilangan tokoh seni" – PM
Nasional

"Pemergian Ahmad Nawab, negara kehilangan tokoh seni" – PM

"Pemergian Ahmad Nawab, negara kehilangan tokoh seni" – PM

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 24 November– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Seniman Negara, Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan, dengan rasa dukacita yang mendalam.

Beliau turut mengutus takziah kepada seluruh anggota keluarga aset seni negara itu.

Menerusi hantaran di platform media sosial, Datuk Seri Anwar berkata negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air.

\”Bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan masyarakat.

Allahyarham bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi juga jiwa seni Malaysia yang berjaya menyentuh hati jutaan rakyat menerusi karya-karya puitis yang indah dan bermakna,\” kata kenyataan itu.

Jasa allahyarham akan sentiasa dikenang sebagai legenda yang tiada galang gantinya.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...