Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional Sistem amaran awal kurangkan risiko banjir – TPM Zahid
Nasional

Sistem amaran awal kurangkan risiko banjir – TPM Zahid

Sistem amaran awal kurangkan risiko banjir – TPM Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 November – Sistem amaran awal diperkenalkan sebagai langkah utama mengurangkan risiko bencana banjir, khususnya semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem tersebut bertujuan memberi makluman awal kepada kumpulan berisiko untuk mengambil langkah kesiapsiagaan dan berpindah lebih awal.

\”Apa yang dilakukan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah melalui kolaborasi dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kerajaan negeri, serta agensi lain seperti tentera, polis, bomba, penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perjumpaan awam sempena Majlis Perasmian Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Tegas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, kesiapsiagaan awal amat penting. Ini kerana persoalan mengenai malapetaka alam merupakan persoalan yang buta warna, merujuk kepada impak bencana yang tidak mengenal sempadan.

Ahmad Zahid turut berkongsi pengalaman dari lawatannya ke sebuah negara Asia Barat, di mana hujan luar biasa bersamaan jumlah taburan tiga tahun turun dalam tempoh sehari, menyebabkan kesan buruk akibat ketiadaan sistem saliran yang baik.

\”Pengajaran yang diperoleh ialah kesiapsiagaan mesti dibuat lebih awal untuk mengurangkan impak bencana,\” Tambahnya.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...