Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional Rundingan berteraskan federalisme penyelesaian pertikaian – TPM Fadillah
Nasional

Rundingan berteraskan federalisme penyelesaian pertikaian – TPM Fadillah

Rundingan berteraskan federalisme penyelesaian pertikaian – TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 23 November – Sebarang pertikaian boleh diselesaikan melalui rundingan yang berteraskan semangat federalisme.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua pihak harus merenung kembali sejarah pembentukan Malaysia 61 tahun lalu, yang melahirkan Perlembagaan Persekutuan hasil perjanjian antara pemimpin terdahulu.

“Asas paling utama adalah memahami apa yang termaktub dalam perlembagaan. Ia menjadi panduan memperkukuh keharmonian dan kesejahteraan negara dari segi perundangan, hubungan manusiawi, perniagaan, dan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perjumpaan awam sempena sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Fadillah turut menekankan bahawa perbincangan dan rundingan merupakan elemen penting dalam Kerajaan Perpaduan yang kini dibentuk, merangkumi pelbagai parti politik.

“Kerajaan Perpaduan adalah kekuatan kita, di mana segala ketidaksefahaman dirunding untuk mencari titik persamaan. Setakat ini, kerjasama erat dapat dilihat dalam kalangan ahli parlimen kerajaan ini,” tambahnya.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...