Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Ombak besar jejas Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras
Nasional

Ombak besar jejas Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras

Ombak besar jejas Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras

Ombak besar dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan hakisan pantai yang menjejaskan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras di Kuala Nerus, Terengganu / Foto RTM

KUALA NERUS, 23 November – Ombak besar dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu mengakibatkan hakisan pantai yang menjejaskan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras, di sini, di mana lapan kubur runtuh dan sebahagian kain kapan serta rangka jenazah terdedah.

Menurut penduduk, jarak kubur paling hampir dengan pantai kini hanya sekitar 10 meter, mewujudkan risiko hakisan lebih besar.

Waris kepada jenazah terjejas, Alias Othman, berkata situasi ini menyebabkan pihak berkuasa agama mempertimbangkan pemindahan kubur-kubur kritikal.

\”Dalam senarai, ada 18 kubur yang perlu digali, namun ditangguhkan sementara melihat keadaan cuaca. Jika hakisan terus berlaku, kubur-kubur itu akan dipindahkan,\” katanya.

Seorang lagi waris, Siti Idayu Mohd Ali, meluahkan rasa lega kerana kain kapan jenazah ibunya masih selamat walaupun pusara terjejas.

\”Saya sudah menjangka kubur ibu akan terkena hakisan kerana lokasinya dekat dengan pantai. Alhamdulillah, kain kapan dan kepok kubur masih ada, tidak dibawa ombak,\” katanya.

Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras, yang berusia lebih 70 tahun dengan kira-kira 150 kubur, kini dalam proses pemindahan jenazah terjejas ke Tanah Perkuburan Islam Gong Awang Lib.

Penduduk kampung, Abdul Hadi Hassan berkata hakisan dikesan pada hari Khamis ketika gotong-royong menggali kubur.

\”Penduduk yang turun ke bawah sedar hakisan sangat teruk. Malah, ada satu kubur yang jasadnya sudah tidak kelihatan,\” jelasnya.

Pihak pengurusan kampung telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Pejabat Agama Negeri untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...