Home Nasional Pahang galak permohonan buka bank khususnya di kawasan pedalaman
Nasional

Pahang galak permohonan buka bank khususnya di kawasan pedalaman

Pahang galak permohonan buka bank khususnya di kawasan pedalaman

FOTO RTM

LIPIS, 23 November- Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan permohonan bagi membuka perkhidmatan perbankan di mana-mana lokasi sesuai khususnya di kawasan pedalaman di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bagaimanapun berkata permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu oleh pihak bank sebelum diluluskan.

\”Sekiranya ada keperluan, kita akan pertimbangkan bergantung kepada keperluan dan tadi pun saya telah menyatakan sokongan kuat kepada permohonan daripada ADUN Padang Tengku yang memohon untuk dibuka ATM dan daripada penyelaras DUN Cheka.

\”Pihak Agrobank akan mengkaji dan meneliti permohonan ini dan sekiranya bersesuaian mereka akan buka dalam masa terdekat kita kena mohon, kemudian bank akan kaji,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perkhidmatan Agro Point Sungai Koyan di Sungai Koyan, Kuala Lipis Pahang.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.

Menurut beliau, cawangan mini Agrobank yang dibuka di Sungai Koyan ini dapat memberi manfaat kepada 30,000 penduduk sekitar yang mana mereka kini tidak lagi perlu ke bandar Lipis atau Raub bagi urusan perbankan.

Cawangan mini Agrobank tersebut memberi perkhidmatan pembukaan akaun simpanan atau akaun deposit tetap, perkhidmatan melibatkan tunai melalu ATM dan CDM serta khidmat nasihat berkaitan permohonan pembiayaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....