Home Nasional Polisi bekerja Johor: Peranan syarikat dan majikan penting
Nasional

Polisi bekerja Johor: Peranan syarikat dan majikan penting

Polisi bekerja Johor: Peranan syarikat dan majikan penting

Azalina Othman Said / Foto BERNAMA

KOTA TINGGI, 24 November- Syarikat dan majikan di Johor berperanan penting dalam melaksanakan cadangan menetapkan hari bekerja di negeri itu kepada empat hari setengah.

Pandangan tersebut disuarakan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang menegaskan bahawa setiap syarikat mempunyai polisi tersendiri berhubung tempoh bekerja.

Menurut beliau, ramai pekerja pada masa kini perlu bekerja lebih daripada lapan jam sehari, dipengaruhi oleh perkembangan teknologi seperti telefon pintar dan pelaksanaan konsep bekerja dari rumah.

\”Jadi, nak cakap pasal masa tertentu, hari tertentu, saya rasa bukan sesuatu yang boleh dibuat kiraan, ia tertakluk kepada profesion tersebut, kerana profesion itu memerlukan lebih dari lapan hingga 10 jam.

\”Kadang-kadang, profesion tersebut membolehkan pekerja bekerja dari rumah.

\”Saya dimaklumkan bahawa generasi muda kita dalam bidang teknologi dan digital boleh bekerja dari rumah kerana mereka menggunakan sistem,\” katanya pada Program Makan Malam Khidmat Komuniti Parlimen Pengerang di sini.

Dalam pada itu, Azalina menyeru golongan muda luar bandar agar memberi fokus kepada bidang kepakaran digital dan teknologi bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik, selaras dengan usaha kerajaan Johor membangunkan kawasan ekonomi baharu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....