Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Program 2TM: Pelbagai tawaran, jualan menanti pengunjung
Nasional

Program 2TM: Pelbagai tawaran, jualan menanti pengunjung

Program 2TM:  Pelbagai tawaran, jualan menanti pengunjung

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 November- Hari ini peluang terakhir untuk orang ramai menikmati pelbagai tawaran dan jualan menarik sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Antara yang mendapat sambutan luar biasa sejak program bertemakan \’MADANI di Hati, Rakyat Disantuni\’ berlangsung pada Jumaat lepas ialah tawaran penyelesaian saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diskaun hingga 60 peratus selain penukaran topi keledar dan al-Quran oleh kementerian terlibat.

Tidak ketinggalan Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan keperluan asas, barangan kebersihan diri dan bakul kombo buah dan sayur dengan potongan harga menarik yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai sebaik reruai jualan dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Karnival Kerjaya yang menawarkan 3,000 peluang pekerjaan dan disertai 40 majikan menyediakan peluang untuk pencari kerja selain Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Selain itu, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang diadakan sempena program 2TM juga akan melabuhkan tirai hari ini, dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dijadual merasmikan majlis penutup pada petang ini.

Pada sebelah pagi, konvensyen diteruskan dengan penganjuran siri forum antaranya penambahbaikan kecekapan penyampaian perkhidmatan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk kecekapan urusan pentadbiran dan sinergi awam dan swasta.

Turut dijadual berlangsung ialah forum bertajuk \’Pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi dan Ujikaji Peraturan\’ yang antara lain menjelaskan bagaimana Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi dan Pekeliling Ujikaji dapat mempercepat pelaksanaan reformasi daripada aspek perundangan, strategi praktikal dan amalan baik peraturan.- BERNAMA

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...