Sunday , 24 November 2024
Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal meningkat minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan momentum kenaikannya minggu hadapan sewaktu konflik Rusia-Ukraine berterusan, kata seorang penganalisis.

Bagaimanapun, penganalisis itu berkata, jangkaan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh boleh memberi tekanan penurunan pada harga logam berharga tersebut.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas kebanyakannya diniagakan lebih tinggi, mengikuti kenaikan yang stabil di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX), AS sewaktu perang Rusia-Ukraine berterusan.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta November mengakhiri minggu ini lebih tinggi kepada US$2,698.70 setiap auns troy daripada US$2,572.30 setiap auns troy minggu lepas.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 juga ditutup lebih tinggi kepada US$2,712.10 setiap auns troy daripada US$2,585.80 minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 39 lot daripada 45 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 28 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 21 November 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,665.30 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Niaga hadapan KLIBOR dijangka lengang minggu hadapan
Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR dijangka lengang minggu hadapan

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 23 November – Minggu yang akan datang dijangka...

Harga minyak dunia dijangka lebih rendah pada 2025
Ekonomi

Harga minyak dunia dijangka lebih rendah pada 2025

HARGA minyak dijangka berada dalam julat antara AS$65 (RM290.39) hingga AS$75 (RM335.09)...

Tesla guna komponen kira-kira 45 pembekal tempatan – MITI
Ekonomi

Tesla guna komponen kira-kira 45 pembekal tempatan – MITI

TESLA menggunakan komponen daripada kira- kira 45 pembekal tempatan secara langsung atau...

Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ekonomi

Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 22 November- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih...