Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Kekal Dalam Zon Positif Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Nov(Livevartha) — Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif dalam dagangan tengah hari Jumaat, dipacu oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter utiliti sertaperkhidmatan dan produk industri.

Prestasi dicatatkan bursa itu juga seiring dengan kebanyakan pasaran serantau.

Tenaga Nasional meraih 22 sen kepada RM14.02,Petronas Chemicals meningkat 11 sen kepadaRM4.94 manakala Press Metal Aluminium naik 6.0 sen kepada RM4.70.

Kesemua saham-saham itu menyumbang kepada kenaikan indeks komposit dengan gabungan sebanyak 4.51 mata.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.91 mata kepada 1,591.59 daripada paras penutup 1,588.68 semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 4.36 mata kepada 1,593.04 dan bergerak dalam julat 1,587.74 hingga 1,593.85 sepaanjang sesi dagangana pagi ini.

Bagaimanapun, sentimen pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu506 berbanding 354, manakala 464 kaunter lain kekal tidak berubah, 1,141 tidak diniagakan dan 23 lain digantung dagan

Jumlah dagangan sebanyak1.47 bilion unit bernilai RM1.03 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih tinggi apabila kebimbangan awal terhadap prospek pendapatan Nvidia semakin pudar.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Catat Kenaikan Awal Berikutan Indeks Petunjuk Pasaran Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Catat Kenaikan Awal Berikutan Indeks Petunjuk Pasaran Meningkat

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...