Home Ekonomi Perodua meterai MoU dengan Petronas Dagangan, Gentari
Ekonomi

Perodua meterai MoU dengan Petronas Dagangan, Gentari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 November- Perodua Sales Sdn Bhd menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) strategik bersama Petronas Dagangan Berhad dan Gentari Sdn Bhd.

Menerusi kenyataan, syarikat pengeluar kenderaan itu berkata, kerjasama itu bagi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan menerusi pelbagai perkhidmatan.

Menerusi kerjasama itu, beberapa inisiatif utama akan dilaksanakan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Ia termasuk penubuhan kedai serbaneka di pusat servis terpilih, integrasi pembayaran menerusi aplikasi dan pembukaan pusat servis di stesen minyak terpilih.

Kemudahan pengecasan kenderaan elektrik, EV turut akan disediakan di pusat servis terpilih.

Kesemua inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pelanggan, mempromosikan penggunaan teknologi hijau, dan memastikan syarikat pengeluar kenderaan ini kekal relevan dalam pasaran automotif.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....