Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional KPDN rampas lebih 15 tan minyak masak peket bersubsidi
Nasional

KPDN rampas lebih 15 tan minyak masak peket bersubsidi

KPDN rampas lebih 15 tan minyak masak peket bersubsidi

KPDN Pulau Pinang berjaya merampas 15 tan minyak masak peket bersubsidi

BUKIT MERTAJAM, 21 November– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya merampas 15,00 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi.

Hasil susulan intipan daripada kes pada 15 November lalu, pihaknya menyerbu dua premis perniagaan yang menyimpan minyak masak paket bersubsidi melebihi kuantiti dibenarkan di Taman Impian Ria Alma dekat Bukit Mertajam.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata ini merupakan rampasan terbesar pihaknya pada tahun ini dengan jumlah 15,310 kg minyak masak peket dan sebuah lori menjadikan nilai rampasan bernilai RM58,375.

“Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati premis memiliki lesen sah Boring Barang Kawalan Berjadual (CSA) bagi minyak masak, tepung gandum dan juga gula.

“Jumlah yang dibenarkan bagi barangan tersebut hanyalah 5,000 kg, manakala premis bersebelah tidak dilesenkan bagi menyimpan barangan terkawal termasuk minyak masak paket.

“Pemeriksaan dikedua-dua premis terbabit mendapati lebih 15 tan minyak masak peket bersubsidi,” katanya selepas ditemui di lokasi serbuan.

Turut ditahan lelaki warga tempatan berusia 47 tahun, yang juga pemilik premis bersama dua pekerja warga asing berusia 40 tahun.

Kesemua minyak masak tersebut dipercayai cuba diseleweng untuk diedar kepada kepada peruncit dan restoran, namun siasatan masih dijalankan.

Ketika operasi, semakan pada buku log mendapati dikemas kini, namun jumlah kuantiti bekalan direkodkan tidak sama dengan jumlah yang ditemukan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...