Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional UPM tawar pindahan kredit melalui APEL C, kurangkan kos dan masa pengajian
Nasional

UPM tawar pindahan kredit melalui APEL C, kurangkan kos dan masa pengajian

UPM tawar pindahan kredit melalui APEL C, kurangkan kos dan masa pengajian

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan (tengah) di Majlis Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) Tahun 2023/2024 baru-baru ini bersama-sama Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UPM, Prof. Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib (kiri) disaksikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Pusat Jaminan Kualiti UPM, Haslida Hassan (kanan) dan Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, UPM Profesor Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria

SERDANG, 22 November – Universiti Putra Malaysia (UPM) kini menawarkan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pindahan kredit kursus melalui mod Accreditation of Prior Experiential Learning for Credit Award (APEL C) setelah menerima akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kemudahan itu membolehkan pelajar diploma, ijazah sarjana muda, dan sarjana memanfaatkan pengalaman kerja mereka bagi mengurangkan kos dan masa pengajian.

Menurut Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UPM, Profesor Ir. Dr. Abd. Rahim Abu Talib, APEL C memberikan peluang kepada pelajar untuk memohon kredit berdasarkan pengalaman kerja terdahulu.

\”Proses penilaian juga berlaku dengan memberi tugasan atau portfolio bergantung kepada program pengajian berkaitan dengan pengalaman itu boleh menggantikan kredit dimana mereka tidak perlu ambil subjek atau kursus tersebut,\” katanya yang ditemui selepas Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan UPM semalam.

Beliau turut menjelaskan, pelajar juga akan mendapat nasihat daripada penasihat yang mengurus dalam hal ini mengenai kelayakan berdasarkan pengalaman kerja mereka.

\”Unit APEL ini terletak di bawah Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir, UPM dan pegawai-pegawai bertanggungjawab akan uruskan permohonan pelajar yang memohon melalui fakulti mereka.

\”Permohonan yang dilakukan oleh mereka berdasarkan pengalaman bekerja dan harus seiring dengan program diambil serta adanya proses penilaian,\” katanya lagi.

UPM memperoleh akreditasi APEL C pada Ogos lalu, membuka peluang kepada semua program pengajian kecuali program penyelidikan.

Langkah tersebut diambil untuk mengiktiraf mengiktiraf pengalaman kerjaya dalam melengkapkan pengajian.

Menerusi pelaksanaan APEL C, UPM berharap dapat menarik lebih ramai pelajar yang berpengalaman kerja bagi melanjutkan pengajian, sekali gus mempercepatkan proses tamat pengajian mereka tanpa mengurangkan kualiti pendidikan.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...