Saturday , 23 November 2024
Home Nasional ADM: Inisiatif memperkukuh potensi, keupayaan komuniti desa
Nasional

ADM: Inisiatif memperkukuh potensi, keupayaan komuniti desa

ADM: Inisiatif memperkukuh potensi, keupayaan komuniti desa

Foto Facebook Datuk Rubiah Wang

SERDANG, 21 November– Anugerah Desa Madani (ADM) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi memperkukuh potensi dan keupayaan komuniti luar bandar dalam pelbagai aspek.

Ini termasuk kepimpinan, pendidikan, kemahiran, serta kesejahteraan ekonomi dan sosial.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, ia merupakan satu bentuk usaha dalam mengiktiraf kecemerlangan komuniti desa dalam pembangunan masyarakat.

\”Pertandingan ini merupakan satu usaha KKDW dalam usaha kita memangkinkan lagi, mengukuhkan lagi strategi pembangunan luar bandar berteraskan pembangunan komuniti. Kita menekankan peranan JPKK, JPKKP Orang Asli dan juga JKK. Kita hendak menguatkuasakan ataupun memperkukuhkan peranan pentadbiran dan tatakelola di peringkat akar umbi\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Madani 2024, di Serdang, Selangor.

Sebanyak 115 kampung telah menyertai ADM pada tahun ini, dengan 101 buah kampung adalah bawah kategori Kampung Tradisional dan Rumah Panjang manakala, 14 buah kampung adalah bawah kategori Kampung Orang Asli.

Sebanyak 42 buah kampung telah terpilih sebagai pemenang. Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, Naib Johan menerima RM20,000 dan tempat ketiga menerima RM10,000.

Wang yang dimenangi digunakan bagi pembangunan sosio-ekonomi kampung seperti aktiviti ekonomi, keusahawanan, keceriaan, menaiktaraf kemudahan infrastruktur sedia ada dan inovasi serta kreativiti komuniti desa.

Related Articles

66 penduduk terjejas banjir di Perak
Nasional

66 penduduk terjejas banjir di Perak

Hujan lebat berterusan di daerah Larut, Matang dan Selama menyebabkan kawasan sekitar...

Lima PPR di Johor lengkap dengan sistem keselamatan
Nasional

Lima PPR di Johor lengkap dengan sistem keselamatan

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md ShukorJOHOR BAHRU,...

UPM tawar pindahan kredit melalui APEL C, kurangkan kos dan masa pengajian
Nasional

UPM tawar pindahan kredit melalui APEL C, kurangkan kos dan masa pengajian

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan (tengah)...

Jawatankuasa HKHM pasukan terbaik jayakan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Nasional

Jawatankuasa HKHM pasukan terbaik jayakan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMAPUTRAJAYA, 21 November-Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari...