Home Ekonomi DRB-HICOM catat keuntungan sebelum cukai RM282.56 juta pada sembilan bulan pertama
Ekonomi

DRB-HICOM catat keuntungan sebelum cukai RM282.56 juta pada sembilan bulan pertama

DRB-HICOM catat keuntungan sebelum cukai RM282.56 juta pada sembilan bulan pertama

DRB-HICOM

PETALING JAYA: DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM282.56 juta bagi sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September 2024, disokong oleh hasil yang stabil sebanyak RM12.23 bilion. 

Ini merupakan peningkatan hasil yang marginal sebanyak 1.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagi suku semasa, kumpulan mencatat PBT sebanyak RM45.86 juta dengan hasil meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM4.13 bilion, berbanding RM4.00 bilion pada suku yang sama tahun kewangan 2023. 

Bagaimanapun, kumpulan merekodkan rugi bersih sebanyak RM5.29 juta pada suku ketiga berbanding untung bersih sebanyak RM70.8 juta yang direkodkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya, pertumbuhan hasil ini mencerminkan daya tahan kumpulan serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah, dipacu oleh sumbangan daripada sektor terasnya walaupun menghadapi cabaran yang berterusan.

“Pada suku yang dilaporkan, sektor automotif dan pos mencatat penurunan hasil. Sektor automotif menghadapi penurunan jumlah jualan kenderaan akibat persaingan yang semakin sengit dalam pasaran kenderaan tempatan. 

“Sementara itu, sektor pos mencatat penurunan hasil terutamanya akibat penurunan perniagaan antarabangsa dan jumlah mel pukal dalam segmen perniagaan mel, disebabkan oleh penurunan volum rentas sempadan berikutan kemelesetan dalam seluruh industri,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai prospek tahun kewangan semasa, DRB-HICOM berkata, ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan serta peningkatan eksport. 

Katanya, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan perniagaan sambil merangsang penggunaan domestik bagi mengekalkan daya tahan ekonomi. 

“Namun, keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 yang baru selesai mungkin mempengaruhi risiko geopolitik dan dinamik perdagangan global serta potensi perubahan dalam dasar monetari dan fiskal.

“Dalam pada Proton membina momentum dengan peningkatan prestasi jualan pada suku ketiga, syarikat tersebut bersedia untuk melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia yang dikenali sebagai Proton e.MAS 7. 

“Tambahan model baharu ini dijangka meningkatkan lagi kehadiran pasaran Proton sambil memperkukuh komitmen kumpulan terhadap inovasi lestari,” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...