Home Ekonomi AEON catat PAT RM13.8 juta pada suku ketiga 2024
Ekonomi

AEON catat PAT RM13.8 juta pada suku ketiga 2024

AEON catat PAT RM13.8 juta pada suku ketiga 2024

PETALING JAYA: AEON CO. (M) Bhd. (AEON) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM18.8 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2024, peningkatan sebanyak 36.2 peratus berbanding RM13.8 juta yang direkodkan pada suku sama tahun lalu. 

Bagi tempoh berakhir 30 September 2024, PAT AEON melonjak sebanyak 26.5 peratus kepada RM104.0 juta.  

Menurut kenyataan, dalam segmen perniagaan runcit, AEON merekodkan hasil sebanyak RM822.1 juta, mencerminkan pertumbuhan 4.1 peratus berbanding RM789.9 juta pada suku yang sama tahun lalu. 

“Peningkatan ini didorong, terutama oleh perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi, khususnya dalam kategori makanan, kerana pengguna terus memberi keutamaan kepada perbelanjaan untuk keperluan asas.  

“Sementara itu, perkhidmatan pengurusan hartanah AEON mencatatkan hasil sebanyak RM180.9 juta, peningkatan 9.0 peratus berbanding RM166.0 juta pada suku yang sama tahun lalu. 

“Prestasi ini pula disokong oleh kadar penghunian yang lebih tinggi, pembaharuan sewa strategik, serta pelaksanaan projek peremajaan pusat beli-belah dan peningkatan kedai yang berjaya,” katanya. 

Secara keseluruhan, AEON merekodkan jumlah hasil sebanyak RM3.2 bilion untuk tempoh semasa, iaitu peningkatan 3.1 peratus berbanding RM3.1 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.  

Melangkah ke hadapan, AEON terus memberi tumpuan kepada keutamaan strategik dalam peruncitan dan pengurusan hartanah. 

Usaha ini termasuk mempercepat inisiatif digital, memperluas penawaran jenama sendiri, dan memperkukuhkan “AEON Living Zones” untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.  

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, di samping meraikan ulang tahun ke-40 AEON, syarikat kekal teguh dan komited untuk terus berkembang selaras dengan landskap peruncitan moden. 

“Dipandu oleh visi untuk mencipta lebih banyak senyuman dan mengikat lebih banyak hati, kami berusaha untuk memupuk hubungan yang erat dengan pelanggan dan komuniti kami. 

“Bagi memperingati detik bermakna ini, kami telah merangka siri acara promosi, aktiviti, dan program ganjaran sepanjang tahun sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia kami. 

“Inisiatif ini direka untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan menawarkan pelbagai produk, acara perayaan, dan promosi eksklusif yang memberi nilai dan kepelbagaian yang lebih besar,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....