Home Ekonomi Forum Kewangan Mampan IIF-Maybank kali kedua tarik lebih 300 peserta
Ekonomi

Forum Kewangan Mampan IIF-Maybank kali kedua tarik lebih 300 peserta

FOTO MAYBANK

KUALA LUMPUR, 21 November- Maybank menganjurkan Forum Kewangan Mampan IIF-Maybank kedua bagi memacu kewangan mampan dan menyokong peralihan ekonomi rendah karbon melalui pembiayaan mampan.

Forum tersebut menampilkan kerjasama antara Institut Kewangan Antarabansga (IIF) dan Maybank, dengan tumpuan kepada penyahkarbonan perniagaan dan memperkukuh pelan peralihan mampan.

Menerusi kenyataan, syarikat kewangan itu memaklumkan ,forum berkenaan menarik lebih 300 peserta dalam industri kewangan untuk bertukar pandangan dan perbincangan dalam menggalakkan amalan kewangan bertanggungjawab.

Antara topik yang dibincangkan termasuk laluan sifar bersih, pelaburan mampan, serta peranan kecerdasan buatan dalam kemampanan.

Bengkel interaktif turut diadakan untuk membincangkan modal alam, biodiversiti dan infrastruktur penyesuaian iklim.

Forum berkenaan merupakan kerjasama kedua syarikat perbankan ini dengan Institut Kewangan Antarabangsa (IIF), kesinambungan daripada kejayaan acaranya pertama yang diadakan pada 2023.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....