Thursday , 26 December 2024
Home Nasional KPT perkenal pendekatan baharu tangani isu guna tenaga, kebolehpasaran graduan
Nasional

KPT perkenal pendekatan baharu tangani isu guna tenaga, kebolehpasaran graduan

KPT perkenal pendekatan baharu tangani isu guna tenaga, kebolehpasaran graduan

Foto FB Zambry Abd. Kadir

PUTRAJAYA, 21 November- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan pendekatan baharu untuk menangani isu guna tenaga tidak penuh dan kebolehpasaran graduan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ia bagi mengatasi masalah kebolehpasaran graduan yang sukar mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang atau kelayakan akademik yang dicapai.

\”Pendekatan tersebut bertujuan mewujudkan perangkaan khusus berpandukan keperluan pasaran dan padanan kerjaya, termasuk prospek bagi lima tahun akan datang.

\”Ini melibatkan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri,\” katanya pada Program Bicara dan Makan Tengah Hari bersama Editor Media, di sini.

Selain itu, Zambry mengumumkan Festival Idea Putrajaya pada 27 hingga 29 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Festival tersebut bertujuan mengetengahkan idea inovatif untuk pembangunan negara.

Turut hadir pada program tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, barisan pengurusan tertinggi KPT, barisan editor media tempatan termasuk Timbalan Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM, Shahri Saripan.

Related Articles

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 25 Disember– Yang di-Pertuan Agong...

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar
Nasional

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar

Foto JBPM SarawakLIMBANG, 25 Disember- Sebuah gudang yang menyimpan barang perkakasan (hardware)...

1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan
Nasional

1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ruji UbiKUALA LUMPUR, 24 Disember-...

Utamakan keselamatan jalan raya, elak tragedi
Nasional

Utamakan keselamatan jalan raya, elak tragedi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR, 24 Disember...