Home Ekonomi Industri pembuatan capai kapasiti penggunaan 82.4 peratus, suku ketiga 2024
Ekonomi

Industri pembuatan capai kapasiti penggunaan 82.4 peratus, suku ketiga 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November– Industri pembuatan mencapai kadar kapasiti penggunaan 82.4 peratus pada suku ketiga 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata kapasiti penggunaan industri pembuatan pada suku ketiga 2024 meningkat 3.0 mata peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Tiga subsektor mencatatkan kapasiti penggunaan tertinggi pada suku ini, menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam sektor pembuatan negara.

Subsektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain berada di kedudukan teratas, diikuti oleh produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka.

\”Kapasiti penggunaan industri pembuatan meningkat 0.3 mata peratus berbanding suku tahun sebelumnya,\” kata kenyataan itu.

Kadar kapasiti penggunaan industri pembuatan yang melepasi kadar nasional pada suku ketiga tahun 2024 direkodkan bagi tujuh buah negeri.

Ini termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Melaka dan Johor.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...