Wednesday , 4 December 2024
Home Ekonomi Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan
Ekonomi

Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan

Ringgit meningkat berikutan dolar AS alami pembetulan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 November- Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan, kata penganalisis.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4650/4825 daripada dolar AS berbanding 4.4765/4820 semasa ditutup pada Isnin.

DXY susut 0.4 peratus dalam tempoh semalaman kepada 106.275 manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun menyusut kepada 4.41 peratus daripada 4.44 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembetulan DXY disumbangkan oleh faktor teknikal, yang menyebabkan ia telah mencapai situasi terlebih beli.

\”Sehubungan itu, ringgit boleh meningkat sedikit hari ini, berkemungkinan menghampiri paras sokongan segera pada RM4.45,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6607/6829 daripada 5.6525/6594 dan rendah berbanding euro kepada 4.7302/7488 daripada 4.7294/7352.

Bagaimanapun, ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8885/9002 daripada 2.8914/8953.

Mata wang tempatan menunjukkan pergerakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ia mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.64 daripada 7.63/7.64 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.8 daripada 282.2/282.7.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3353/3486 daripada 3.3307/3351 dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.8975/9631 daripada 12.8591/8808 -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 4 Disember- Ringgit kekal lebih rendah berbanding dolar AS...

Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal
Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 4 Disember – Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran...

Google dijangka labur RM5 bilion bina pusat data kedua di Elmina
Ekonomi

Google dijangka labur RM5 bilion bina pusat data kedua di Elmina

PETALING JAYA: Google dijangka melabur antara RM4 bilion hingga RM5 bilion untuk...

Pengeluaran minyak mentah, kondensat susut 8.9 peratus
Ekonomi

Pengeluaran minyak mentah, kondensat susut 8.9 peratus

PENGELUARAN minyak susut pada suku ketiga. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pengeluaran minyak...