Wednesday , 4 December 2024
Home Ekonomi Lawatan PM ke Brazil, cermin komitmen Malaysia perkukuh kerjasama serantau
Ekonomi

Lawatan PM ke Brazil, cermin komitmen Malaysia perkukuh kerjasama serantau

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 20 November– Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau.

Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Profesor Ulung Datuk Rajah Rasiah berkata ia sekali gus dapat memperluas pengaruh Malaysia dalam arena antarabangsa.

\”Yang saya lihat itu, selain daripada mempamerkan peranan perdana menteri dalam menyokong pendirian negara-negara berkecuali begitu juga dengan pendirian ASEAN iaitu terhadap Zone Of Peace Freedom And Neutrality (ZOPFAN).

Ia mula-mula dicetuskan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia iaitu Tun Abdul Razak,\” kata Datuk Rajah Rasiah kepada pemberita RTM secara eksklusif, hari ini.

Konsep itu menggalakkan negara-negara berkecuali memainkan peranan dalam memastikan dunia menuju ke arah keamanan dan kestabilan.

Mengulas lanjut tentang kelantangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan isu Palestin, Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr. Ida Md Yasin berkata tindakan itu dilihat sebagai langkah berani.

Ini berikutan tindakan tersebut jarang dilakukan oleh pemimpin lain, yang kini dilihat semakin perlahan dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

\”PM masih terus membawa isu ini ke peringkat antarabangsa. Pada pandangan saya, kita kena lakukan itu sebab kita tidak bersekongkol bila bercakap tentang soal kekejaman pada masyarakat. Perkara ini tidak ramai yang nyatakan.

Satu tindakan yang wajar. Banyak episod menyaksikan Israel tidak mengendahkan segala arahan dan meneruskan keganasan. Jadi, kemungkinan ini satu tindakan yang boleh dipertimbangkan oleh anggota PBB,\” Dr. Ida kepada pemberita RTM secara eksklusif, hari ini.

Jelasnya, kekejaman Israel perlu dihentikan segera bagi menoktahkan genosid terhadap rakyat Palestin.

Related Articles

Affin Bank kini milik kerajaan Sarawak
Ekonomi

Affin Bank kini milik kerajaan Sarawak

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kerajaan negeri Sarawak kini pemegang saham terbesar dalam Affin...

Glomac lancar Serai @SBCR dengan GDV RM353j
Ekonomi

Glomac lancar Serai @SBCR dengan GDV RM353j

ZULKIFLY Garib (tengah) pada taklimat projek pembangunan Serai @ Sungai Buloh Country...

MKHOP raih untung bersih sebanyak RM21 juta
Ekonomi

MKHOP raih untung bersih sebanyak RM21 juta

ALEX CHEN KOOI CHIEWPETALING JAYA: MKH Oil Palm (East Kalimantan) Berhad (MKHOP),...

Untung bersih CIMB Group naik kepada RM2.03b pada suku ketiga
Ekonomi

Untung bersih CIMB Group naik kepada RM2.03b pada suku ketiga

NOVAN AMIRUDINPETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) mencatatkan untung bersih...