Home Ekonomi Ringgit meningkat berbanding Dolar AS
Ekonomi

Ringgit meningkat berbanding Dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 November– Ringgit terus disokong dengan baik dan mengekalkan momentum menaik, meningkat 0.12 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebelum ditutup pada Rabu.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi itu didorong oleh permintaan berterusan.

“Keadaan terlebih jual yang dialami ringgit dari sudut pandang teknikal mungkin memberi dorongan kepada pelabur untuk beli.

“Susulan ketiadaan data utama di AS minggu ini, sentimen pasaran akan kekal terkawal,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding pound British kepada 5.6620/6690 daripada 5.6449/6506 ketika ditutup semalam, dan susut berbanding euro kepada 4.7178/7236 daripada 4.7150/7198.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8696/8733 daripada 2.9078/9109 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit domestik diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.60/7.61 ketika ditutup pada Selasa, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 281.5/282.0 daripada 282.1/282.5.

Ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3290/3333 daripada 3.3345/3381 semalam dan lebih kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8679/8889 daripada 12.9201/9384.- Livevartha

Related Articles

MDEC perkenal geran RM2.9 juta untuk sektor AI, pembuatan
Ekonomi

MDEC perkenal geran RM2.9 juta untuk sektor AI, pembuatan

PETALING JAYA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memperkenalkan dua geran baharu berjumlah...

Tiga perusahaan kena penalti RM2.97 juta kartel tipuan bida 
Ekonomi

Tiga perusahaan kena penalti RM2.97 juta kartel tipuan bida 

ISKANDAR Ismail dalam sidang media memgenai keputusan tiga kontraktor yang terlibat kartel...

FMM bimbang tarif Trump jejas daya saing eksport
Ekonomi

FMM bimbang tarif Trump jejas daya saing eksport

PEKERJA industri pembuatan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan mesin di sebuah kilang di...

Alliance Bank sasar pinjaman tumbuh hingga 10% 
Ekonomi

Alliance Bank sasar pinjaman tumbuh hingga 10% 

KELLE KAMKUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd. menyasarkan pertumbuhan pinjaman kasar antara...