Home Ekonomi Kilang proses sawit guna AI pertama di dunia
Ekonomi

Kilang proses sawit guna AI pertama di dunia

Kilang pemprosesan sawit menggunakan teknologi AI mengurangkan kos dan meningkatkan hasil pengeluaran /FOTO Livevartha

KUALA KANGSAR, 19 November – Kilang pemprosesan kelapa sawit yang pertama di dunia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilancarkan di Perak.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pengoperasiannya dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing antara 30-35%.

Selain itu, pengaplikasian teknologi canggih dari Brazil ini juga mampu mengoptimumkan hasil dan meminimumkan kos pengeluaran minyak sawit.

“Jika AI efektif dan berkesan, pemegang taruh dalam industri ini harus memberi perhatian terhadap sistem berkenaan kerana kita mempunyai 446 kilang sawit (dalam negara). Ini adalah kilang sawit pertama menggunakan AI, sensor dan pelbagai teknologi terkini,” katanya selepas merasmikan kilang tersebut, di sini.

Bagi memastikan produktiviti pengeluaran kekal mampan, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan.

Johari turut menyarankan kilang-kilang kelapa sawit dalam negara menggunakan teknologi AI untuk memproses sawit.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...