Tuesday , 19 November 2024
Home Pasaran Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan
Pasaran

Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan

Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4650/4825 daripada dolar AS berbanding 4.4765/4820 semasa ditutup pada Isnin.

DXY susut 0.4 peratus dalam tempoh semalaman kepada 106.275 manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun menyusut kepada 4.41 peratus daripada 4.44 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pembetulan DXY disumbangkan oleh faktor teknikal, yang menyebabkan ia telah mencapai situasi terlebih beli.

“Sehubungan itu, ringgit boleh meningkat sedikit hari ini, berkemungkinan menghampiri paras sokongan segera pada RM4.45,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.6607/6829 daripada 5.6525/6594 dan rendah berbanding euro kepada 4.7302/7488 daripada 4.7294/7352.

Bagaimanapun, ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8885/9002 daripada 2.8914/8953.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha)...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia...

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha)...

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 18 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia melantun...