Wednesday , 29 January 2025
Home Nasional Warga emas maut dilanggar di LKSA
Nasional

Warga emas maut dilanggar di LKSA

Warga emas maut dilanggar di LKSA

Foto RTM

SHAH ALAM, 18 November- Seorang warga emas berusia 65 tahun maut dalam nahas di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim, berkata nahas melibatkan dua kereta dan sebuah bas.

\”Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas yang dipandu di lorong paling kiri gagal mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta yang berhenti di lorong tersebut akibat tayar pancit.

\”Bas berkenaan melanggar kenderaan terbabit, mengakibatkan seorang lelaki yang berada di belakang keretanya untuk mengambil tayar ganti dari bonet dilanggar.

\”Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,\” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Iqbal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Related Articles

Jenazah pasangan suami isteri maut di Thailand selamat dikebumikan
Nasional

Jenazah pasangan suami isteri maut di Thailand selamat dikebumikan

Mohd Danial Ikmal dan adiknya, Mohd Danial Irfan menyiram air di pusara...

Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak hingga Khamis
Nasional

Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak hingga Khamis

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Januari – Amaran hujan berterusan di dua...

Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Nasional

Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam

Foto FailKUCHING, 28 Januari – Seramai 34 penduduk terjejas banjir di Sarawak...

363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 28 Januari – Seramai 363 anggota polis akan...