Tuesday , 19 November 2024
Home Nasional Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

RIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh dalam tadbir urus global dengan penekanan terhadap peningkatan perwakilan dan penghapusan kuasa veto bagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sistem semasa tidak mencukupi untuk menangani cabaran dunia yang berubah dengan pesat.

\”Reformasi dalam PBB mesti berasaskan prinsip perwakilan termasuk melibatkan wakil demokratik yang mencukupi dari negara-negara Amerika Latin dan Afrika, yang selama ini sering diketepikan. Ini adalah ketidakadilan yang perlu diperbetulkan,\” katanya ketika menyampaikan pendirian Malaysia pada sesi Reformasi Institusi Tadbir Urus Global di Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di sini.

Malaysia turut mencadangkan langkah untuk meningkatkan ketelusan dan memperkasakan fungsi penyelesaian pertikaian badan antarabangsa itu, termasuk memastikan perdagangan global yang adil.

Perdana Menteri menyifatkan kuasa veto lima anggota tetap UNSC (P5) – China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat – sebagai penghalang kepada keputusan yang lebih berkesan dan sah.

Cadangan itu mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam memperjuangkan reformasi institusi global demi keadilan dan keberkesanan tadbir urus antarabangsa.

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...

Nasional

Isu kesesakan di BSI dan KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat 

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 19 November– Isu pekerja berpendidikan tinggi bekerja di sektor...