Thursday , 26 December 2024
Home Nasional Harga lantai belian padi, jaga kebajikan pesawah
Nasional

Harga lantai belian padi, jaga kebajikan pesawah

Harga lantai belian padi, jaga kebajikan pesawah

Datuk Badrul Hisham Mohd

BESUT, 17 November- Pelaksanaan harga lantai belian padi pada kadar RM1,300 per tan metrik di seluruh negara sejak Februari lalu dilihat mampu menjadi satu mekanisme untuk menjaga kebajikan pesawah-pesawah dalam urus niaga mereka khususnya melibatkan pesawah dari luar bandar.

Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Badrul Hisham Mohd berkata kerajaan tidak mengawal sebarang kenaikan harga siling belian padi tempatan.

Justeru kementerian sedang membincangkan cadangan untuk menaikkan harga belian padi kepada RM1,500 bagi satu tan.

Namun perkara tersebut perlu diteliti kerana melibatkan pelbagai pihak termasuk Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara seperti mana telah diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam sidang Dewan Rakyat pada 11 November lalu.

\”Jadi pengilang boleh membeli padi berdasarkan keperluan mereka dan kemampuan mereka untuk menawarkan kepada pesawah selagi ia bukan bawah RM1,300.

\”Tiada ada masalah dan tidak salah di sudut akta sebab itu kita lihat kilang di Kedah, Perak dan Terengganu berbeza-beza harga tawaran berdasarkan kepada bisnes masing-masing. Perkara itu kita serah kepada industri bergantung permintaan dan penawaran,\” katanya.

Beliau ditemui RTM selepas merasmikan Sambutan tahunan Kawasan Pembangunan PertanianTerengganu Utara (IADA KETARA)di Kampung Lapan Kotak Besut di sini.

Lebih 300 penduduk setempat hadir memeriahkan sambutan Hari Ladang yang dimeriahkan dengan sukan rakyat dan jualan produk pertanian.

Related Articles

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Nasional

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE

Foto Ihsan JBPM PerakMANJUNG, 26 Disember– Dua maut manakala empat lagi cedera...

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak
Nasional

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Foto HiasanLABUAN, 26 Disember– Kerosakan penapis kotoran kasar (band screen) pada Sistem...

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

PPS di PahangLIPIS, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat...

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Azerbaijan Airlines

Lokasi nahas pesawat penumpang Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau barat Kazakhstan/ AFPKUALA...