Home Nasional Malaysia-Brazil sokong gencatan senjata kekal di Gaza
Nasional

Malaysia-Brazil sokong gencatan senjata kekal di Gaza

Malaysia-Brazil sokong gencatan senjata kekal di Gaza

FOTO FACEBOOK Lula

RIO DE JANEIRO, 18 November– Malaysia dan Brazil sepakat menekankan kepentingan gencatan senjata berkekalan di Gaza serta mendesak Israel membenarkan bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Palestin, sambil memperkukuh kerjasama strategik melalui platform ASEAN dan BRICS (Brazil, Russia, India dan China).

Komitmen tersebut dicapai dalam pertemuan dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada luarSidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di sini.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan menyebut kedua-dua pemimpin berikrar menghidupkan semula sistem pelbagai hala berlandaskan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, di samping menegaskan usaha memperjuangkan ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan, serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Malaysia dan Brazil turut mengiktiraf keperluan pembaharuan dalam tadbir urus global agar lebih berkesan, telus dan bertanggungjawab, sesuai dengan aspirasi negara membangun yang mahu memainkan peranan lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa.

Kedua-dua negara juga menegaskan sokongan terhadap penubuhan negara Palestin yang bebas dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta kepentingan kerjasama dalam kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan, sains, teknologi, semikonduktor dan perubahan iklim.

Presiden Brazil turut menghargai penyertaan Malaysia sebagai anggota pengasas dalam Pakatan Dunia Memerangi Kebuluran dan Kemiskinan, serta menyambut baik inisiatif yang dicadangkan semasa Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN dan Brazil sebagai Presiden BRICS serta tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP30) tahun hadapan.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...