Home Ekonomi Penglibatan pembeli premium, laluan pempamer Malaysia ke pasaran luar lebih mudah
Ekonomi

Penglibatan pembeli premium, laluan pempamer Malaysia ke pasaran luar lebih mudah

Pengerusi MATRADE Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

DUBAI, 17 November- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) @ Dubai 2024, bakal memanfaatkan jaringan pasaran 20 pembeli premium menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peluang itu membolehkan syarikat tempatan menembusi pasaran global dengan lebih mudah, disokong fasilitasi daripada MATRADE.

Pameran yang julung kali diadakan di luar negara itu turut menampilkan 100 pembeli dari seluruh dunia.

\”20 pembeli premium ini, nilai jualan dia melepasi RM28 bilion. Jadi bayangkan kalau 1% boleh dijana daripada 20 syarikat ini sahaja, ia melibatkan jumlah RM280 juta.

\”Sebab itulah penyertaan syarikat-syarikat dikatakan pembeli premium ni akan jadi platform kepada pengeksport Malaysia untuk menembusi pasaran-pasaran yang mungkin mereka sukar tembusi secara persendirian. Tapi kerana adanya program seperti MIHAS, ia menjadi landasan untuk mereka melakukan lonjakan lebih tinggi,\” katanya.

Bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, 250 syarikat tempatan dari pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik dan gaya hidup terlibat dalam pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.

MIHAS@DUBAI diadakan bertepatan dengan Ekspo Organik dan Produk Asli Timur (MENOPE).

Sementara itu katanya, kejayaan penganjuran dan jenama kukuh MIHAS sejak mula diadakan pada 2004 telah memudahcara penyertaan negara dalam satu-satunya acara perdagangan di Timur Tengah dan Afrika Utara itu.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...