Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Tidak Banyak Berubah Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Tidak Banyak Berubah Minggu Depan

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Dalam Fasa Tidak Banyak Berubah Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa tidak banyak berubah minggu depan, dengan pelabur memantau perkembangan domestik dan antarabangsa yang boleh mempengaruhi hala tuju pergerakanpasaran.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur global akan menumpukan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) seperti Tuntutan Pengangguran Awal dan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (IPP) AS S&P Global.

Di peringkat domestik, pelabur tempatan pula akan mencari petunjuk baharu daripada data eksport dan import negara serta Indeks Harga Pengguna (IHP).

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran tidak banyak berubah pada julat 1,590 hingga 1,610 minggu depan yang mewakili paras sokongan dan rintangan,” katanya kepada Livevartha.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI mengekalkan potensi untuk mencatatkan peningkatan semula.

Beliau berkata minat pelabur dalam sektor berorientasikan eksport seperti pembuatan sarung tangan dan teknologi mungkin kembali pulih, untuk meraih manfaat daripada peningkatan permintaan global.

“Sentimen yang semakin bertambah baik dalam kalangan pelabur tempatan boleh membantu indeks itu memperoleh semula momentum positif, berpotensi menembusi paras 1,600 minggu depan, sekiranya minat belian kekal kukuh,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 28.80 mata kepada 1,592.44 daripada 1,621.24 pada minggu lepas.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...