Home Nasional Lewat daftar masuk punca pergaduhan di KLIA – Polis
Nasional

Lewat daftar masuk punca pergaduhan di KLIA – Polis

Lewat daftar masuk punca pergaduhan di KLIA – Polis

Tangkap layar video tular pergaduhan di KLIA baru-baru ini

KUALA LUMPUR, 16 November – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang petugas syarikat penerbangan berhubung kes pergaduhan di Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Polis Daerah KLIA, Penolong Pesuruhjaya Polis, ACP Azman Shari\’at berkata pergaduhan itu berlaku pada 10 November lalu.

\”Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara seorang penumpang tempatan dengan pekerja berkenaan. Susulan perselisihan faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan terbabit mengalami cedera ringan,\” katanya menerusi kenyataan.

Kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Azman turut menasihat orang ramai supaya tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan yang tidak benar dan palsuberhubung kes tersebut.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang memaparkan insiden pergaduhan di Terminal Satu KLIA melibatkan dua individu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....