Sunday , 17 November 2024
Home Nasional Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Nasional

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi

Foto Facebook Tengku Zafrul

LIMA, 17 November– Kerjasama erat antara ASEAN dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) kekal menjadi agenda utama untuk memastikan pembangunan mampan dan integrasi ekonomi yang lebih kukuh di rantau ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sebagai wakil Malaysia, beliau yakin komitmen tersebut akan terus memperkukuhkan kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Dalam sesi dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) bersama pemimpin ekonomi APEC, beliau menekankan visi Malaysia untuk memacu pertumbuhan mampan dan transformasi ekonomi serantau.

\”Sebagai persediaan untuk mengetuai ASEAN pada 2025, Malaysia komited untuk mengukuhkan ekonomi hijau, mempercepat transformasi digital dan memastikan keterangkuman ekonomi, dengan sokongan padu daripada rakan serantau di bawah kerangka ASEAN-APEC\”, katanya menerusi hantaran di facebook.

Tengku Zafrul turut berkongsi kejayaan Malaysia dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI), khususnya dalam sektor data dan semikonduktor.

Katanya, kedua-dua sektor ini kini menjadi asas penting dalam memperkukuhkan daya tahan ekonomi negara.

Beliau berkata Malaysia juga percaya bahawa kerjasama erat antara sektor awam dan swasta memainkan peranan penting dalam mencapai manfaat bersama untuk semua negara anggota.

\”Melalui kerjasama ini, kita dapat memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan integrasi serantau yang lebih kukuh\”, ujarnya.

Related Articles

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20
Nasional

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20

Foto FailLIMA, 17 November– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS
Nasional

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Foto RTMTANJUNG DAWAI, 17 November– Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke...

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Nasional

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Foto IPD Seri AlamJOHOR BAHRU, 17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas...

APEC bincang isu Gaza, petanda baik
Nasional

APEC bincang isu Gaza, petanda baik

Foto BERNAMALIMA, 17 November– Tindakan platform antarabangsa seperti Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC)...