Friday , 27 December 2024
Home Nasional Kerajaan bantu pembukaan pejabat HKETO di Kuala Lumpur
Nasional

Kerajaan bantu pembukaan pejabat HKETO di Kuala Lumpur

Kerajaan bantu pembukaan pejabat HKETO di Kuala Lumpur

FOTO PMO

LIMA, 15 November- Kerajaan akan membantu memudahkan pembukaan pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Kuala Lumpur yang diumumkan pada Februari 2024.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim usaha itu penting bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR).

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan dengan Ketua Eksekutif HKSAR John Lee Ka-chiu, di Lima, Peru.

\”Dalam pertemuan ini kami dapat menilai kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, pelancongan dan sistem rel transit selain membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama,\” kata Datuk Seri Anwar.

Turut hadir semasa pertemuan tersebut adalah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Duta Malaysia ke Peru Ahmad Irham Ikmal Hisham.

Related Articles

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu
Nasional

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu

Kebakaran di bilik suis utama Hospital Tuanku Ja\’afarSEREMBAN, 26 Disember- Bilik suis...

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT
Nasional

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT

Tangkap layar kes pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik...

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan
Nasional

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan

Foto RTMIPOH, 26 Disember- Guru wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember...

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat
Nasional

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat

Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 26 Disember– Memastikan kesejahteraan rakyat...