Home Nasional Kes Buli: Tindakan terhadap penuntut UPNM diketahui dua minggu lagi
Nasional

Kes Buli: Tindakan terhadap penuntut UPNM diketahui dua minggu lagi

Kes Buli: Tindakan terhadap penuntut UPNM diketahui dua minggu lagi

FOTO BERNAMA

Kota Tinggi, 16 November- Tindakan terhadap penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat kes buli akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata tindakan diambil selepas mesyuarat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tegas Datuk Seri Mohamed Khaled, pihaknya memandang serius kes buli yang berlaku dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit, termasuk mereka yang cuba menyembunyikan kejadian tersebut.

\”Mereka akan dihukum buang, perlu bayar denda dan pulang balik segala tanggungan yang Kerajaan telah keluarkan sepanjang mereka menjadi kadet di Universiti dan mereka mesti keluar daripada Akademi Ketenteraan, maknanya bila hukuman itu disahkan dalam Majlis Angkatan Tentera dalam masa dua minggu ini,\” katanya.

Tambah beliau, tiada sekatan dikenakan terhadap mangsa lain yang membuat laporan polis sekiranya mendapati diri mereka berdepan dengan ancaman jenayah tersebut.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sukarelawan Kota Tinggi, di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi, Johor.

30 Oktober lalu, satu lagi kes buli dilaporkan, membabitkan seorang kadet yang mengalami kesan melecur di dadanya selepas didera dan dibuli penuntut senior dengan menggunakan seterika panas.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 22 Oktober lalu.

Laporan polis berhubung satu lagi kes penderaan turut diterima pada 10 November lalu, membabitkan seorang penuntut tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang, akibat dipijak pelatih senior dalam kejadian 21 Oktober lepas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....