Home Ekonomi Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang
Ekonomi

Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

FOTO AFP

KUALA LUMPUR, 15 November- Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi rakan dagang utama dengan amalan mata wang dan dasar makroekonomi yang memerlukan perhatian rapi negara itu.

Menurut Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa Perbendaharaan AS dalam laporan bertajuk “Report to Congress – Macroeconomics and Foreign Exchange Policies of Major Trading Partners of the United States” bagi November 2024, Malaysia memenuhi satu kriteria dalam laporan terakhir (pada Jun) dan laporan bagi November.

\”Apabila sesebuah rakan dagang utama mencapai dua daripada tiga kriteria dalam Akta Kemudahan Perdagangan dan Penguatkuasaan Perdagangan 2015 (Akta 2015), rakan dagang berkenaan akan dimasukkan dalam senarai pemantauan.

“Sehubungan itu, Malaysia telah dikeluarkan daripada senarai pemantauan dalam laporan ini,\” menurut laporan berkenaan.

Akta 2015 memerlukan Perbendaharaan AS menyediakan laporan pada setiap enam bulan mengenai dasar makroekonomi dan kadar pertukaran mata wang asing rakan dagang utama negara itu.

Akta berkenaan turut mewajibkan Perbendaharaan AS melakukan analisis yang lebih terperinci mengenai dasar makroekonomi dan kadar pertukaran bagi setiap rakan dagang utama yang memenuhi tiga kriteria itu.

Tiga kriteria berkenaan adalah lebihan dagangan dua hala dengan AS sekurang-kurangnya US$15 bilion (US$1= RM4.48); lebihan akaun semasa material sekurang-kurangnya 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); dan intervensi berterusan di sebelah pihak dalam pasaran mata wang asing sekurang-kurangnya lapan bulan dalam tempoh setahun dengan pembelian bersih sekurang-kurangnya 2.0 peratus daripada KDNK ekonomi dalam masa12 bulan.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...