Home Nasional Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara – Sim
Nasional

Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara – Sim

Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara – Sim

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong/Foto Parlimen

KUALA LUMPUR, 13 November – Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Feb tahun depan, akan merangsangkan lagi ekonomi negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata ini kerana pekerja yang mempunyai tambahan duit di dalam poket, bakal merangsang pasaran tempatan.

“Contoh mudah, ada 4.37 juta pekerja di Malaysia yang pada masa kini bergaji di bawah RM1,700. Jika kita anggap kini mereka terima RM1,500, tahun depan golongan ini secara keseluruhannya akan ada tambahan gaji RM10 bilion.

“Tambah pula RM10 bilion untuk kenaikan gaji sektor awam, maka pada 2025 akan ada hampir RM20 bilion wang tambahan dalam bentuk kenaikan gaji pekerja, yang berpotensi menjadi suntikan dana pasaran tempatan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu, Sim berkata gaji minimum tidak harus dianggap sebagai gaji permulaan untuk siswazah dan pekerja berkemahiran.

Sebaliknya, beliau berkata ia adalah usaha kerajaan untuk menaikkan lantai gaji paling rendah dalam kalangan pekerja mempunyai kelayakan akademik yang rendah serta tidak berkemahiran.

Sementara itu, Sim berkata cadangan gaji minimum mengikut sektor memerlukan kajian lebih mendalam, kerana merangkumi aspek dinamika ekonomi, kos operasi dan kapasiti majikan dalam setiap sektor. – BERNAMA

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...