Home Nasional Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah treler dan dua motosikal di Jalan Bandar, Pasir Gudang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendent Mohd Sohaimi Ishak berkata kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal itu melanggar sebuah lagi motosikal yang berhenti mengejut bagi mengelak melanggar treler di laluan sama.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal lain yang terlibat, berusia 46 tahun, cedera di tangan, paha, dan pinggang kiri telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....