Friday , 15 November 2024
Home Ekonomi Kempen Radium Instant Rewards 2024 rai 107 pembeli 
Ekonomi

Kempen Radium Instant Rewards 2024 rai 107 pembeli 

Kempen Radium Instant Rewards 2024 rai 107 pembeli 

GARY Gan (kanan) menyampaikan hadiah utama kepada pemenang kempen Radium Instant Rewards 2024.

PETALING JAYA: Radium Development Berhad (Radium) meraikan pemenang kempen Radium Instant Rewards 2024 dalam sebuah acara penghargaan dan penebusan hadiah yang meraikan 107 pembeli layak Chancery Hybrid SOHO @ Ampang dan Radium Adesa Suites Apartment @ Kuala Lumpur, Desa East Residences baru-baru ini.

Peserta terserbut telah mengambil bahagian dalam kempen yang berlangsung dari 1 Februari 2024 hingga 31 Mei 2024, menawarkan pelbagai hadiah wang tunai termasuk hadiah utama sebanyak RM18,888.

Pengarah Urusan Kumpulan Radium, Datuk Gary Gan berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan menegaskan komitmen Radium yang teguh dalam memupuk kesetiaan pelanggan. 

Katanya, kehadiran kempen ini menjadi bukti jelas komitmen syarikat untuk memberi ganjaran kepada pembeli rumah atas kepercayaan mereka terhadap pembangunan berwawasan Radium.

“Radium Instant Rewards bukan sekadar promosi, namun ia merupakan penghormatan tulus kepada pembeli kami, arkitek sebenar kejayaan kami. 

“Acara ini adalah satu penghargaan atas kesetiaan mereka yang berterusan dan mencerminkan janji kami untuk menyediakan perjalanan yang luar biasa bagi setiap pemilik rumah Radium. 

“Dari saat mereka memilih kami sehingga hari mereka melangkah ke rumah baharu, kami komited untuk mencipta pengalaman yang luar biasa yang melampaui jangkaan,” katanya. 

Kemuncak acara itu adalah cabutan hadiah wang tunai utama iaitu satu hadiah utama RM18,888, tiga hadiah pertama RM10,888, lima hadiah kedua RM6,888 dan tujuh hadiah RM3,888. Pembeli lain turut membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM888.

Sementara itu, salah seorang pembeli Chancery Ampang, Rosnan,  meluahkan rasa syukur atas kemenangannya memenangi hadiah utama.

“Ini kali pertama saya menang sesuatu yang besar, jadi ini adalah kejutan yang sangat menyenangkan. 

“Saya membeli unit di Chancery Ampang sebagai satu bentuk pelaburan serta untuk diwariskan kepada anak-anak saya kelak. 

“Projek ini menarik minat saya kerana ia adalah pembangunan pegangan bebas di lokasi yang sangat strategik, dengan ciri inovatif dan menarik,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...